KESAYANGAN...

Thanx a lot!!

P/s: thanx coz sudi jadi followers blog rai.. Nanti korang inform ek kat chatbox Rai. I'll follow your blog too...

Pages

Thursday, November 14, 2013

Prosedur Perkahwinan dan Resipi lemon chicken =)

salam semua...
hye2...

haaa segar2 je kan mata bila nampak Tajuk PERKAHWINAN...






hehehe....
Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai prosedur yang perlu kita ikuti dan fahami sebelum menjadi seorang suami isteri yang sah. Pelbagai tanggungjawab dan perkara perlu kita pikul setelah bergelar suami atau isteri.





Apa2pun untuk memulakan mana2 prosedur perkahwinan...
Rai suggest sangat2 pada kawan2 semua...
supaya buat benda yang paling penting tahap amat...iaitu..

1. PERGI KURSUS KAHWIN DAHULU

sebab kalau tak dapat sijil kursus kahwin ni.. seriously kita tak boleh continue buat mana2 prosedur..
sebab apa2 diorg akan minta sijil kursus kahwin.... Kalau takde plan nak dirikan rumah tangga pada masa terdekat pun tak pe.. pergi je kursus kahwin ni walaupun tengah single.. sebab seriously lega kalau dah buat dan ambil masa.... Bila dah pergi tu .. bukan boleh dapat sijil tu on time masa habis.. akan dpt selepas 3 hari bekerja dari tarikh kita ikuti kursus kahwin...

Tempoh Kursus kahwin: 2 hari berturut2 (selalunya Sabtu Ahad)
Yuran pendaftaran RM80/ seorang.

Jabatan Agama Islam mengadakan kursus perkahwinan ini untuk bakal-bakal suami atau isteri supaya dapatlah bakal-bakal suami atau isteri ini bersedia dan tahu akan tanggungjawab, dan tahu akan apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila sudah berkahwin kelak.

Rai dan husband, Faizal ada kisah kursus kahwin kitorg sendiri.. hahaha
seriously kitorg buat persediaan kahwin mmg sebulan shj...  Jadi kelam kabutla sket kan..
so survey2 punya survey kt google.. kitorg ambil kursus kahwin di Putrajaya...

 PUSAT KURSUS PRA-PERKAHWINAN DI PRESINT 9 PUTRAJAYA



Bilik Seminar Tingkat 1,
Jalan P9f, Presint 9,
62250 Putrajaya.
(Depan Kompleks Kejiranan Presint 9, atas Restoran Darulsalam, berdekatan Speedmart & Pasar borong Darulsalam)
Untuk BOOKING SMS di Putrajaya sila taip :
"Putra, Nama-nama peserta, Tarikh Nak Kursus"

hantar ke 012-294 3040


start hari Sabtu... hari Sabtu tu ok lah... lancar je semua.. tapi dari awal pagi dalam pkul 9 pg start...
sampailah 4ptg..Dalam jadual,hari kedua lebih intensif.. dari pkul 9 pg-7ptg habis...
tapi alkisahnya hari Ahad(hari kedua) tu Faizal terlewat bangun. Call2 dia tak bangun... adoiii..
rupa2nya phone silent!!
Rai dah cemas dah. yerlahhh moncong rai pun dah cm bontot ayam masa tu!!!
boleh sangkut hanger payung ok kt moncong rai..
hahahhahaha
sudahhh!! semalam penceramah dah warning..
siapa lambat tak boleh masuk dan tak dikira attendance.. sebab penceramah tu garang okehh..
huwaaa camana ni.... takkan la nak tnggu minggu depan punya sabtu ahad plak.. lepastu nak tnggu lagi 3 hari bekerja nak dpt sijil... huwaaa seriously x sempat.. sebab lagi 2 minggu nak nikah....Kitorg dah book tarikh nikah Masjid Tuanku Mizan Putrajaya dan dah book catering...
Rai nangis dah masa tu!! Merajuk habis.
Last2 kitorg search kt google mana2 kursus kahwin yang dibuat pada hari weekdays..
Selamat ada satu je tempat ok yang buat weekdays!! iaitu di Medan Mara..
Setiap RABU DAN KHAMIS...

PUSAT KURSUS PRA-PERKAHWINAN PKPI DI BANGUNAN MEDAN MARA , KUALA LUMPUR


Medan Mara
Tingkat 2
50350 Kuala Lumpur.
(BERHAMPRAN SOGO, SEBELAH PERTAMA KOMPLEKS, BANGUNAN BERWARNA BIRU)
Untuk BOOKING SMS di Bangunan Medan Mara sila taip :
"MARA, Nama-nama peserta, Tarikh Nak Kursus"

hantar ke 012-294 3040

Jadi kami membayarla semula RM80 x2 org sekali lagi.. dan kiranya yg Putrajaya tu burn la kan.. tapi ada hikmah.. Ambil Kursus kahwin di Medan Mara ni tempat dia lebih selesa dan mempunyai aircond.. kerusi dia juga best dan selesa.. sebab lama ok nak kena duduk dengar.. daripada pkul 9 pagi-7 malam... haaa lebam kan..he2
bayangkan.. he2. Nasib baik rai bawa teamix Herbalife dan NRG tea.. segar bugar je mata tak tido langsung...boleh focus...
gelak2 gak Rai bila tengok peserta2 lain.. ada yg berzikir dok paham2 sambil mata terpejam...
terlebih faham dah tu senarnya..
muehehehehe.....
yang terpusing 360 darjah kepala pun ada...


Tea mix...
sodapp sehhh



tapi make sure pergi kursus kahwin pakai sopan...
Kat Medan Mara ni best ada gerai jual buah kt sebelah.. selama 2 hari tu..
Rai borong sakan buah2an potong.. sampai 10 paket mangga rai beli!!! keh2...
sedappp oooo... abg yg jual tu cm pelik budak ni makan buah byk sgt..
tapi rai lagi suka p dengar kursus kahwin daripada ambil kursus lesen kereta ok..
 MasyaAllah kelas memandu dulu yg dengar ceramah tu seriously rai mengantok tahap cipan ok...
nak ambil lesen seksaaaa rasa!!! cam nak jadi mekanik plak nak kena tahu semua pasal enjin kete sekali
ZZzzzzzz
yang best kitorg dpt kupon makan.. boleh redeemed kt medan selera MARA. he2
untuk kursus2 kahwin di tempat lain:
CLICK SINI


Ok lepas settle kursus kahwin...
baru sesuai ambil borang permohonan berkahwin....
Ikut Alamat Ic masing2 tau...
Kalau mcm rai Ic alamat di Selangor..
jadi rai kena ambil borang daripada Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS)
Kalau mcm Faizal Ic Shah Alam tapi skrg menetap di Nilai.
Jadi Faizal boleh ambil borang permohonan berkahwin dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan tapi kena isi borang permastautin dr JAINS dan kena dptkan cop dr Imam masjid tempat tinggal dia...
untuk sahkan permastautinan tersebut...



Rai ambil borang dengan Mama di JAIS


Tak digalakkan datang bersama pasangan pada pendapat Rai...
dan tergedik2 cacing cam Uda dan Dara di pejabat agama yea..
nnti serius ada je yang akan kena tegur dengan ustaz2 di situ..
lagipun mmg akan terdetik rasa segan nak berdua2an di tempat mcmtu..
jadi kalau boleh datang bersama ibu atau bapa sahaja...








kalau Selangor dah boleh buat permohonan online...
CLICK SINI untuk permohonan online..
Isi je semua...
kemudian PRINT dan submit kepada JAIS
pastikan buat 3 salinan photostat each borang....



Cara2 mengisi borang online...




Nanti masa ambil borang permohonan berkahwin ni...
adalah dia bagi check list..
jadi ikut sahaja check list tersebut okies =)



PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH
** HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
** DAPATKAN BORANG 2A (lelaki), BORANG 2C(perempuan)
**

DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN YANG BERHAMPIRAN.
**
LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN (3 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
** DAPATKAN PENGESAHAN PENOLONG PENDAFTAR NIKAH QARIAH
** DAPATKAN KEBENARAN BERKAHWIN DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID)
**

PIHAK LELAKI SERAHKAN KEBENARAN KEPADA PIHAK PEREMPUAN
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
** SALINAN KAD PENGENALAN / PASSPORT(Jika pemohon warganegara asing)
** SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI/ PASSPORT (Jika saksi warganegara asing)
** SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
**

KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV 
** SALINAN BORANG PERMOHONAN 2A/2C (Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara)
**

SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ PENGERUSI JKKK/ PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat
didalam kad pengenalan).
** SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA. (Jika pemohon duda)
** SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
** SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis)
**

SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMEGRESEN.
(Jika pemohon warganegara asing)

ha HIV test tu penting.. tanya pjabat agama.. ada certain klinik kesihatan/hospital buat test HIV..
paling senang target pergi klinik kesihatan yang tak ramai org...
Kitorg buat dekat Klinik Kesihatan Bukit Mahkota..
muehehehe. takde org sangat...
sekejap je selesai tak sampai 10 min....


ok apa2 pun.. pihak lelaki kena isi dahulu borang diorg lengkap.....
sebab diorg ada satu borang pengakuan bujang yg perlu diisi..
Lepas borang lelaki semua dah siap...
borang lelaki tu perlu diberikan kepada pihak perempuan...
Perempuan kena isi borang WALI dan juga Borang Saksi 2 org tu..
dan bawa semua borang dari pihak lelaki dan
Saksi 2 org tu perlu dibawa dihadapan imam masjid berdekatan..
dan ketiga2 orang ini perlu ada semasa tandatangan borang tersebut...
Jadi boleh la call masjid berdekatan.. dan berurusan dengan Imam yang dilantik kerajaan...
Setkan date dan masa untuk berjumpa... dan 2 saksi tersebut perlu hadir...
Imam tu akan check borang permohonan lelaki dan lepas dah sign dan lengkap semua....
Masa sign tu lelaki tak perlu hadirla kalau boleh sebab nampak cam tak manis...
Perempuan kalau boleh pergi dengan bapa dan 2 org saksi tersebut....
Selepas itu...
pihak perempuan kena submit semua borang tadi ke Jabatan Agama Islam mengikut IC (negeri)
contoh faizal submit borang dia pada Rai, kemudian Rai kena submit ke JAIS..
JAIS CHECK dan luluskan permohonan..
Tapi case kami lain sket...
Rai JAIS, Faizal JAINS.. jadi borang nikah semua submit ke JAIS ikut perempuan..
Tetapi kami akan bernikah di Masjid Tuanku Mizan Putrajaya(wilayah persekutuan)..
kami kena isi satu lagi borang permohonan dan kebenaran nikah di luar kawasan...
Jadi kena berurusan dengan JAWI untuk proses permohonan berkahwin di luar kawasan..
dan bagi melantik pendaftar nikah kami...
lepastu kami hantar satu borang yg diberikan JAWI ke masjid Tuanku Mizan...


haaa.. bunyi cm complicated kan...
tapi xpe.. nnti anda semua akan faham nnti..
Masa nak isi borg tu kalau x menyabar mesti salah sorang
akan jadi KINGKONG...
hahahahaha....
masa tu tau la sket2 true colour pasangan kita.. LOL..
just kidding.

Alhamdulillah kami sempat hantar on time... 4 hari before nikah ok kitorg sempat hantar!!!
Phewwww...
memang kena bebel ngan imam,ngan org pejabat agama dan juga parents kami..
jadi kalau boleh anda semua jangan hantar last minute...
macam2 risiko oooo..
jadi hantar awal.. sebulan sebelum tarikh nikah oklah tu....
hahaha cuak juga la masa tu takut x sempat hantar....


Insyallah next entry rai akan share mengenai persiapan pernikahan..
dan check list majlis pernikahan..



Kawan2 tersayang datang ke majlis Pernikahan rai =)


Haaaaa..
dah lama kan rai tak share resipi =)


kali ni rai nak share resipi LEMON CHICKEN..
tapi versi Rai. hehe.. versi simple2 je...


Bahan2 yang kita perlukan:

Dada Ayam(potong kecil2 dan perap sedikit garam)
Tepung goreng ayam..
(kt supermarket yg tepung goreng ala2 KFC tu.. ambil mana2 brand yg disukai..
kalau yg ada breadcrumbs lagi sedap dan rangup)
Sebiji telur(pukul)
Sebiji lemon (perah ambil air)
6-7sudu besar air
1 sudu besar tepung jagung (bancuh ngan sedikit air sehingga x ketul2)
bawang putih(hiris)
sedikit gula
sedikit garam
sedikit butter


Cara2 membuatnya:



 1. Celup ayam dengan telur



 2. Celup pula ke dalam tepung goreng ayam



3. goreng sehingga kekuningan dan masak


4. Selepas dah goreng semua ayam, ketepikan. Standby nak buat sos lemon



 5. Cairkan butter. Tumis bawang putih



6.Bila dah garing bawang putih td, masukkan 6-7 sudu besar air dan air perahan lemon..
Biarkan mendidih



7.Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga likat..
Perasakan dengan gula dan garam..kalau masam sangat balancekan dengan gula...



8. Masukkan ayam.. gaul cepat dan terus angkat.. sebab xnak lama sangat nnti lembik...
Rai jenis suka banyak kuah... Sebab tu banjir gini.. hahaha...sape xnak kuah banyak...
takyah bubuh air banyak2
Kalau tak nak gaul camni pun xpe... curahkan je sos lemon ni atas ayam yg dah digoreng tadi....
Jangan lupa selawat dan sebut dalam hati dengan ikhlas
"Ya Allah sedapkan lah makan ini untuk suami/keluarga ku..
semoga sedaplah hendaknya"
hehe petua mama rai.



Hiaslah dengan lemon sedikit bagi nampak eksklusif.WOCHEH. hehehe
berbunga2 sket hati husband nak makan kan.. ekekeke...


Selamat mencuba kawan2 =)


Rai nak ucapkan Selamat Hari jadi yang ke-26 pada 5 nov lepas...
Husband rai yg tersayang....
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...









Rai buatkan Red Velvet cake... ^_^




dan rai buatkan carrot cake.. sebab papa suka carrot cake sangat2...




dan rai buat carrot walnut cake with cream cheese frosting in jar





Instagram: DR_RAIHANNAVANILLA

Jumpa ni lain entry,
doakan kita semua murah rezeki setiap hari...
dan sentiasa di bawah lindungan ALLAH...
salam sayang,raihanna.

7 budak2 comel:

Anonymous said...

kak rai!!

rindu gila...lama tggu entry kak rai
i'm ur silent reader
tahniah for ur wedding!
semoga menjadi isteri,menantu dan bakal ibu yg terbaik i.Allah

-wani-

cheq da said...

As salam rai..lama xsinggah di sini..tahniah sebab dah kahwin

blog-tips-kurus said...

gigih dr menaip entry ni.

:-)

Cucu Atuk - Samurai Cilik said...

Tahniah Rai..moga jadi isteri solehah..

Nur-nba said...

Tahniah Rai... Lama menanti entri Rai... Semoga perkahwinan yg dibina akan berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat..

Anonymous said...

Salam Rai nak minta resepi red velvet cake boleh?

Anonymous said...

kayaknya sangat menarik nih, bisa dicoba ntar,
makasih penjelasannya kak